Signifying Colours.
# Kalau tak penuh dugaan, bukan hidup namanya.
Assalammualaikum and well Hello :)
Bismillahhirahmannirrahim.



Hari ini, genap 35hari saya menjejakkan diri kembali setelah berdiam beribu-ribu bahasa. Bukan tiada idea. Cuma belum masa yang sesuai untuk mengemaskinikan # RF ni. Segelintir bertanya. Adakah saya berdiam kerana penulisan yang lepas -# Siapa orang paling terdekat selain family? Jawapannya, SAHABAT.?


Oh sama sekali tidak. Alhamdulilah, perhubungan baik cuma keadaan tidak seperti sedia kala mungkin kerana kesibukan yang melanda pada diri masing-masing. Kali ini saya nak berkongsi kehidupan yang penuh onak duri, liku-liku. *maaf, kali ini dikehendaki menggunakan BMT kerana saya sedang mengemaskinikan semula esei yang diterima dan ditolak oleh Puan Mahaguru.




35 hari sebelum saya di sini menaip...
Kesibukan diri dengan menjalani aktiviti seperti sedia kala yang terdapat pada rutin. Kesibukan diri melebihkan perkara yang penting daripada yang kurang penting. Waktu ini, keadaan masih baik. Walaupun keadaan hati masih sama, hancur dan luluh. Kesibukan diri ini juga membantu mengalpakan perkara yang menghancurkan keadaan hati dan jiwa.

28 hari sebelum saya di sini menaip...
Keadaan mula berubah. Dugaan datang dan datang. Masih boleh diharungi. Keadaan hati? Masih sama tanpa ada perubahan setitik pun. Dugaan yang menguji tahap fizikal, mental, emosi dan kerohanian diri. Tika ini, masih mampu melawan noktah-noktah yang menjatuhkan diri. Dalam hati berdetik, "Aku tahu, peperangan sudah bermula."

21 hari sebelum saya di sini menaip...
Dugaan yang kian datang menyebabkan hari-hari yang dilalui sepatutnya dengan hari-hari kegembiraan bertukar menjadi hari-hari kesedihan. Sepanjang itu, sakit dan lemah. Keadaan suhu badan tidak membenarkan diri melakukan aktiviti yang berat. Tetapi sedia maklum, tiada benda yang dapat melawan keinginan diri. Tipikal remaja kini.

14 hari sebelum saya di sini menaip...
Keadaan hati makin gundah gelana. Tidak seperti yang telah diset didalam hati dan fikiran. Berdetik, "Ya Allah, dugaan apa lagi kali ini, ampunkan aku Ya Allah..." Bertindak tiada apa berlaku. Tapi hati, siapa yang tahu? Hanya Allah SWT. Dugaan berat datang. Dan kali ini teramat berat. Dugaan digagahkan untuk ditempuh. Berbekalkan tawakal dan tawaduk dalam diri.


7 hari sebelum saya di sini menaip...
Dugaan datang bagai jatuh ditimpa tangga. Satu demi satu diperselesaikan walaupun ada sudut dugaan diselesaikan separuh jalan hanya kerana kekurangan usaha dan mungkin hanya terlalu berbekalkan tawakal. Kali ini keadaan hati dan perasaan serta jiwa ini mula bermain di kotak fikiran. Kehadiran satu persatu insan yang hadir memulihkan keadaan hati. Tetapi membuat pilihan... Ya Allah, dugaan lagi...

3 hari sebelum saya di sini menaip...
Keadaan hati berjaya dipulihkan. Alhamdulilah. Tetapi insan yang dibuat pilihan, adakah beliau tahu keadaan hati ini memilih dia? Permainan perasaan bermula. Berdetik, "Aku anggap dia abang dan kalau boleh aku nak buang perasaan ini pergi jauh. Dia hanya berpangkat seorang abang. Fikiran diset, hanya seorang abang..." Dugaan datang apabila hati berdetik sedemikian. Keadaan hati? Dugaan lagi...

Hari ini, saya di sini menaip...
Keadaan hati masih sama seperti 3 hari lalu. Tetapi alhamdulilah. Rutin kian dapat disusun satu persatu. Kehidupan dengan aktiviti harian bertambah fleksibel. Dugaan lain makin dapat dibendung. Dugaan hati? Masih lagi dalam pertikaian... Ya Allah, perasaan berbelah bagi datang...

Sejujurnya, ini kali pertama saya tidak berani bertentang mata dengan seseorang. Dan apabila wajahnya dilihat, hati berdegup bagai atlet yang baru sahaja menghabiskan larian pecut kejohanan balapannya. Bagai ada sesuatu yang lain daripada yang lain. Tetapi fikiran telah diset, "Dia hanya seorang abang..." Ya Allah, dugaan sebegini sangat dielakkan. Mungkin hanya mainan perasaan dan bisikan syaitan. Detikan terakhir, "Mungkin ada hikmah, tetapi kalau ada jodoh tak kemana..."


Assalammualaikum, adios :)

P/S : BMT bermaksud Bahasa Melayu Tinggi.
Mood : Memory card hilang. Ada sesiapa ternampak, terambil ke? Dugaan lagi... :(

Labels: , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special