|
# Siapa orang paling terdekat selain family? Jawapannya, SAHABAT.
Assalammualaikum and well Hello :)Bismillahhirahmannirrahim. Ada beza rupanya. Sebelum ni taktahuuu. Sekarang ni masih dalam dilemma. Serius, tak lalu nak makan *pembohong!* mandi tak basah, tidur tak lena, haishhh. Rasa bersalah sangat berkabung dalam diri ni. Salah ke saya kalau saya tak tegur seseorang SAHABAT dalam masa dua hari? Bukan taknak tegur, takut silap bicara, kang ada pihak yang tersentap kat mana-mana. Saya hanya ingin menjaga hati semua pihak, tapi akhirnya saya yang sentap sendiri apabila seseorang sahabat tu tidak menegur saya dalam masa dua hari. Itu baru dua hari, kalau dua minggu ke, dua bulan ke, dua tahun ke, ya Allah! Boleh mati kutu tau kalau takda sahabat lagi-lagi insan yang saya cuba pertikaikan ni. Saya sangat rindu life yang dulu. Sahabat yang setia. Itu gelaran terbaik buat dia. Walaupun selongkang-longkang ayat yang biasa beliau hambarkan, dia tahu, itu lebih baik bagi membakar semangat saya! Saya sayang dia. Kalau dulu, kami ni macam belangkas, siap dapat gelaran 'kembar' tau. Seronok sangat time tu. Tapi taktahu kenapa keadaan berubah sejak-sejak ni. Mungkin salah saya juga, sebab taknak dengar cakap dia. Bukan apa, saya cuma taknak dia tahu saya ni dikerumuni masalah. Saya dah banyak menyusahkan dia. Saya tahu, dia selalu kata, apa guna sahabat kalau bukan untuk berkongsi kehidupan seharian secara berbeza. Saya rasa bersalah sangat sekarang. Mungkin dia fikir saya benci dia sebab tak tegur dia langsung. Bukan benci, cuma malu. Surat pembakar semangat yang dia bagi tu, sebenarnya setiap pagi saya baca, nangis sorang diri macam orang hilang anak. Tak siapa tahu, saya cuba bangkit dari kelemahan ni. Saya cuba, tapi biasalah syaitan, sentiasa mendampingi diri ini dan harungi saya dengan sikap ragu-ragu. Ya Allah, tabahkan hati ni, berikan aku kekuatan menghadapi dunia dan akhirat-Mu ya Allah. Walau apa yang jadi, saya akan cuba perbaiki hubungan persahabatan ini, tak kira lah, walaupun pendapat longkang yang saya dapat, saya akan cuba buang sikap sensitif dan sifat cepat sentap saya tu. *masa ni tengah tahan nangis sebab mak dekat depan mata* Miss Kecik Molek/Jawa/Katek/Hitam Manis, apa pun gelaran orang bagi dekat awak, saya akan cuba perbaiki diri ini secara tersendiri. Maafkan saya kerana banyak berdiam. Diam seribu bahasa, tersimpan seribu rahsia. Maafkan saya sahabat :-/ Awak jaga diri elok-elok. Kalau terbaca post ni, jangan nak ketuk saya pulak tau lepastu :'D Assalammualaikum :') ♥ Labels: ceritera, pendapat, perasaan, question, teman |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |