Signifying Colours.
# Kekurangan buat aku stress
Assalammualaikum and haii :)
Bismillahhirahmannirahim.

Saya sangat-sangat tension sekarang :-( Kenapa saya sering diberi dugaan pada tika saya perlukan keadaan yang gembira? Soalan itu sering dipersoalkan terhadap diri sendiri. Saya sendiri tak mengerti apa yang salah, apa yang telah saya lakukan sehingga saya rasa saya telah 'dibuang' daripada dunia ni. Saya cuba perbaiki, tetapi keadaan sama saja. Tiada perubahan. Saya sedar, kekurangan diri ni yang menjadi titik berat saya terasa 'dibuang'. Apa saya mampu lakukan, itu ketentuan-Nya. Saya cuba semampu yang boleh :')
Sebagai insan yang khilaf, saya hanya mampu bersabar, turutkan segala permintaan orang yang meminta bantuan saya, saya hanya mampu bertindak sedemikian. Hanya Allah yang mengerti kegusaran hati ni. Tak siapa tahu, kecuali Dia. Memohon sujud terhadap-Nya saban hari, waktu itu adalah yang paling tenang. Menangis ketika menghadap-Nya, membibitkan zikrullah. Itu saja pengubat hati. Tak siapa faham, tak siapa tahu apa isi hati ini acapkali berdetik.
Beberapa hari ni, kerap sangat sakit. Selepas menunaikan solat Subuh, sering saja muntah. Alhamdulilah bukan muntah darah, tetapi muntah yang biasa. Cuma yang aneh, kerap berlaku pada waktu pagi. Saya hanya fikir, mungkin kerana gastrik. Bila saya kata saya sakit, siapa yang peduli? Allah SWT Maha Pengasih. Terkadang saya cuba kuatkan hati ni. Saya tahu, di dunia pinjaman ni, kita sering saja diduga secara langsung mahupun tidak. Dua hari lepas saya mengalami sakit mata yang agak teruk. Punca sebenar tidak dapat dikenal pasti. Doktor hanya kata panas dalam. Saya turutkan.
Benar kata orang, kegembiraan itu tak seperti yang kita sering jangka-jangkaan. Kenapa orang susah nak faham jiwa remaja ni? Kenapa? Saya sering mengalah. Turutkan lagi. Yang salah juga, terpaksa diturutkan. Bagi memuaskan hati orang. Tapi, saya taknak selamanya hidup begitu. Jiwa saya bukan macam perempuan biasa. Walaupun saya kelihatan ayu dan feminin, tetapi jiwa saya lebih kepada yang lasak. Macam jiwa lelaki. Saya pun tak tahu kenapa. Saya cuma berkelakuan seperti diri saya sendiri. Saya taknak orang kata saya hipokrit. Saya diam, kelu bila mula ada yang cakap-cakap belakang.
Sabar lagi. Kekurangan sebegitu saya cuba pertahankan. Tak ramai boleh terima saya di dunia ini. Saya faham. Sudah lah saya berjiwa lelaki, lagikan pula saya ni tidak sebijak adik-beradik saya yang lain. Saya selalu dibanding-bandingkan antara adik-beradik. Saya diam seribu bahasa. Saya cuba pertingkatkan setiap kali peperiksaan. Bukan tak cuba. Tetapi nasib sering tak menyebelahi saya. Mampu diam dan bersabar. Orang biasa tengok keadaan saya bermalas-malasan, tetapi orang tak biasa tengok saya tika saya rajin. Saya hanya perlukan sokongan. Saya sering dijatuhkan, dimalukan, diperlekehkan, diperbodohkan. Saya akui, saya sering diperlaku sebegitu. Takpe, saya sabar.
Saya tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni. Semuanya saya pikul sendiri. Saya yakin saya boleh. Sebab Allah tu senantiasa ada dengan saya. Siapa tahu suatu hari nanti orang akan tahu jua isi hati ni. Saya sedar, jiwa remaja memang susah untuk dibaca, tapi Allah SWT yang memahami isi hati. Tak siapa tahu hati ni sedang berduka, bersedih, bergembira. Nak SPM ni, lagi pelbagai dugaan saya terima. Saya cuba kuatkan hati ni.
Allah takkan sesekali menguji di luar kemampuan hamba-Nya.
Saya taktahu nak cerita dengan siapa. Blog ni jelah yang tahu perihal diri ni. Perkara paling sedih, tak siapa faham diri ni melainkan-Nya. Maafkan saya.

Assalammualaikum.

Labels: , , , , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special