Signifying Colours.
116# Pasangan Dari Tuhan
Assalammualaikum and well Hello!
Bismillahhirahmannirahim.

Hai kawan kawan! Apa khabar? Kali nie saya nak berkongsi tentang hal bab cintan cintun walaupun saya masih budak sekolah menengah yang kurang inci *comel* hihii :3 Walaupun saya kini masih bersekolah menengah, tapi jangan pandang saya tiada mata ya, walaupun adakala kelakuan saya menjelikkan orang. Ish ishh. Saya nak kongsikan apa yang saya lihat dan saya pelajari tentang bab cintan cintun dan bab agama.

Apa yang ingin saya perkongsikan, mungkin menyentuh hati, menyentuh jiwa dan raga, menyentuh mana mana kaum ataupun menyentuh *some text missing* :D Mungkin ada yang berpasangan hanya untuk suka-suki, mungkin ada juga yang berpasangan kerana Allah dan ada juga yang berpasangan kerana pelajaran. Itu semua kemungkinan. Tiada yang mustahil di antara semua itu kan?

Sebagaimana yang saya ketahui, seperti di Title berikut, pasangan dari Tuhan merupakan pasangan yang sama sekali tidak membezakan bangsa dan kaum, tidak membezakan cantik dan hodoh, tidak membezakan kacak dan buruk, tidak membezakan warna kulit, tidak membezakan ketinggian yang tinggi mahupun rendah serta tidak membezakan harta, pangkat dan darjat.

Pasangan dari Tuhan akan saling ingat mengingati di kala senang mahupun susah atau di kala dekat mahupun berjauhan, saling nasihat menasihati dan saling bertolak ansur. Pasangan dari Tuhan juga akan memerlukan antara satu sama lain, tiap kali bantu membantu dan cuba melengkapi hari hari dengan ketakwaan dan keredhaan dari Tuhan.

Pasangan dari Tuhan juga acapkali mengingati tentang Tuhan, saling memberi pendapat yang berkualiti dan cuba untuk mengelakkan pertelingkahan yang berpanjangan. Pasangan sebegini dapat mengavoditasi berlakunya gejala sosial seperti seks bebas, lahirnya anak tanpa nikah atau maksiat yang bergelendangan di persada bumi ini.

Saya berkata sedemikian rupa kerana adakalanya, perkara sebegini banyak berlaku di antara kalangan kita sendiri. Saya mengharapkan, sekiranya saya tersungkur lalu jatuh ke lembah kehinaan, hulurkanlah tanganmu kepadaku dan sekiranya saya bengkok, luruskanlah ke jalan yang benar yang menempatkan saya di kalangan yang orang orang yang diberi keredhaan.

Wahai para sahabat, jangan asingkan diriku daripada kehidupanmu, saya manusia yang khilaf dan sering sahaja diburu bisikan merdu lagi syahdu sang syaitonnirajim.
La ilaha ila anta subhanaka inni kuntu mina zalimeen.
p/s : Entry kali ini berbaur ke-Islam-an. Di mana mana pihak sekalipun, saya memohon keampunan dan kemaafan yang tulus, saya hanya berkongsi pengetahuan bukan untuk menghina.


Assalammualaikum (:

Labels: , , , , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special