Signifying Colours.
112# Ceritera : Aku Bukan Untuk Kau Perlekehkan.
Assalammualaikum and well Hello (:
Bismillahhirahmannirrahim.

Ceritera ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya entry ini mempunyai sifat kebinasaan terhadap diri kau, sila inform untuk aku delete entry nie. Okay? Apa yang penting, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan (:
------------------------------------------------------------------------
Alhamdulilah, aku masih bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, aku masih bernyawa di atas persada yang terbentang luas ini. 
Bukan aku takut mati. Aku sentiasa bersedia untuk mati. 
Aku cuma belum mampu memaafkan orang yang memperlekehkan aku. Aku sedar, aku tidaklah sebaik mana untuk tidak memaafkan orang sedangkan Allah itu Maha Pengampun. Aku tahu, aku pun tidak sepatutnya mempunyai sifat egoistik yang hebat. Aku bukan nak jadi macam tu, tapi aku tak tahu, aku masih belum dapat menerima kelakuan kau terhadap aku.

Aku tahu, daripada kebodohan aku ini, orang sewenang-wenangnya menganggap aku tiada sifat yang jahat seperti niat untuk membalas dendam. Aku bukannya taknak jadi jahat, tapi sebaiknya, perasaan jahat aku tu, aku simpan untuk mempertahankan agamaku, Islam.
Islam sentiasa mengajar kita menjadi baik.
Sebab itu aku cuba sekian saatnya bersabar dan bersabar. Kerana aku tahu, itu saja yang mampu menjadi pengubat darah marahku. Aku tak dididik dengan sifat mazmumah. Dan adalah sebaiknya jika aku mampu hadapi perlekehan kau terhadap aku.

Maafkan aku. Aku juga seperti kau. Seorang insan yang lemah. Tetapi dengan kekhilafan aku, jangan pernah anggap aku untuk kau lekehkan, rendahkan. Aku juga punya maruah, harga diri. Aku menangis, kerana itu yang aku paling mampu buat selain marah.
Aku bukan tak nak maafkan kau, tetapi perlakuan kau? Perasaan aku? 
Cuba kau fahami aku. Cuba kau jadi insan yang mengerti orang lain. Cuba kau bayangkan sekiranya tempat aku ialah kau, dan tempat kau ialah aku. Ada kau pernah tahu betapa hebatnya perlekehan kau? Ada kau pernah tahu jahilnya kau?
Kau buat aku sering tertanya tanya, adakah aku ini memang insan yang dikurniakan untuk kau perlekehkan atau kau yang dikurniakan untuk memperlekehkan orang lain. Tetapi. Aku bukan untuk kau perlekehkan.
Ya Allah, ampuni lah aku. Sesungguhnya, aku telah cuba menjadi insan yang lebih baik. Dan sesungguhnya, Engkau berikanlah aku peluang untuk memaafkan orang yang telah perlekehkan aku serta Engkau berikanlah peluang kepada orang yang memperlekehkan aku untuk dimaafkan segala kekhilafannya.
p/s : Jangan menilai buku dari kulit bukunya. Jangan pernah sangka air yang tenang tiada buaya. Sekali kita jatuh, jangan pernah takut untuk kita bangun lagi.
Assalammualaikum. 

Labels: , , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special