|
111# Ceritera : Khianat Sahabat.
Assalammualaikum and well Hello (:Bismillahhirahmannirrahim. Sebelum itu, sebagai mukadimah, Selamat berpuasa ye saudara sesama Islam wahai muslimin dan muslimat. Terlebih dahulu, aku nak perkatakan, entry kali ini merupakan nukilan/cerpen/karya hasil pencapaian aku sendiri. Ceritera ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya entry ini mempunyai sifat kebinasaan terhadap diri kau, sila inform untuk aku delete entry nie. Okay? Apa yang penting, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan (: ------------------------------------------------------------------------ Wanita/Perempuan. Dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kepala untuk dijadikan tuan dan tidak dari kaki untuk dijadikankan hamba sebaiknya dari sisi, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dikasihi. Tetapi kenapa? Kenapa wanita insan yang lemah ini sering dikhianati?Aku kah yang salah? Aku kah yang bodoh? Aku kah yang manipulasi?Aku berasa sangat jijik dengan keperempuanan aku. Maafkan aku. Tapi aku cuma rasa adakah ini salahku atau bukan. Kau! Kau pengkhianat!Selama bertahun aku percaya tentang dikau sahabat, tetapi kau mungkir janji kau! Kau janji ingin menjaga aku sebaiknya, kau janji ingin menjadi contoh buat aku, kau janji segala bagai sehingga seluruhnya aku percaya tentang kau, sahabat! Kau dan ya, sememangnya kau! Kau datang bagaikan pelangi yang mengubah diri, persepsi aku, tapi ternyata aku salah.Aku tak jangka kau akan berkelakuan seperti binatang! Aku terlalu menyayangi kau sahabat, percayalah. Tapi kenapa mesti aku yang kau nodai? Mengapa? Sedangkan kau boleh melakukannya dengan cara yang halal, bukan seperti ini! Kenapa? Kenapa mesti kau persetankan diri kau? Soalan itu masih berlegar di ruangan fikiran aku.Aku masih tak terdaya menerima semua ini. Manusia seperti kau yang menyetankan diri kau, mungkin mampu menerima aku yang hina ini. Ada kau pernah terfikir sekiranya insan lain tahu aku telah dirobek? Aku tertanya sendirian, adakah ini salah aku. Kau menampal peristiwa tragis dalam buku hitam aku sedangkan selama ini, aku tidak pernah sekalipun terfikir untuk melakukan sebegitu. Tetapi kau berdusta. Maafkan aku wahai sahabat. Diri aku masih terlalu traumatis.Ini semua berpunca daripada kau sahabat, kerana KAU! Aku tidak percaya noktah hitam ini terjadi ke atas diri aku sendiri. Wahai sahabat, kembalilah kau ke pangkal jalan. Sesungguhnya aku meminta kau perlaku sedemikian kerana aku terlalu menyayangi kau.Ya, aku terlalu menyayangi kau. Kembalilah kau, taubatlah, dan jangan pernah kau perlakukan sebegini lagi. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. p/s : Ambillah iktibar tentang apa yang terjadi. Jangan pernah melakukan sesuatu mengikut nafsu khilafmu.Assalammualaikum. Labels: belajar belajar, ceritera, pendapat, perasaan, teman |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |