Signifying Colours.
102# Boipren? No no, Bestpren.
Assalammualaikum, haii.
Bismillahhirahmannirrahim. 
Mari kita mulakan ye rakan taulan, sahabat handai :D HAHA

Okay, kau nampak kan minah muka ala Jepun tu? Aku tau dia lawa, dia ada campuran darah Cina tak silap aku lah. Mula mula nak cerita pasal diri dia. Nama dia Noor Syazawanie bt Norden. Shortname Wanie or Capital W. Aku kenal dia masa sekolah rendah lagi. Masa tu zaman kanak kanak, lagipun aku tak satu kelas dengan dia. Boleh satu kepala dengan dia masa aku main sukan, tu je. Lepas tu dia naik darjah Empat boleh pulak satu kelas dengan aku, budak bijak ler katakan, dia dapat naik kelas first. Samalah dengan aku *eceh nak cerita jugak tuh. HAHA. Sampailah tamat darjah Enam kitorang satu kelas. Lepas habis UPSR, aku mula rapat dengan dia. Dia pun kepala tingtong, sama je macam aku. Cuma dia lagi center sikit dari aku. Kihkihkihhh. Tapi tu kejap je. 

Tak lama kemudian, lepas dapat keputusan UPSR, masing masing bawak haluan *eceh kau, macam pergi ikut laki kau lepas kahwin je. HAHA. Dia ambil keputusan nak sekolah dekat sekolah biasa. Aku pulak, menggedik nak sekolah bestari. Bermula daripada tu, kitorang berpisah untuk sekian lamanya. Aku mula rapat balik dengan dia masa Form 3. Tu pun sebab sibuk nak tanya result PMR dia, gempak lah jugak *uwww, terperanjat maknyah. HAHA. Dan lagi memeranjatkan, result PMR dia lagi baik dari aku sedangkan aku sekolah bestari, dia sekolah biasa je. Lepas ambil result PMR, mak aku ajak pergi tukar sekolah biasa. Pada mula nya, setidak tidaknya aku katakan tak nak pindah sekolah. Tak nak! Tapi mak aku tetap dengan keputusan dia, ikut jelah. Aku taknak jadi anak derhaka. 

Hari pertama aku pindah sekolah, sengal gila. -.- Aku sesat dalam sekolah baru aku sendiri. HAHA. Dahlah aku kena masuk sekolah tu sendiri. Semua sendiri. Mak aku sibuk suruh beli kari berdikari lah katakan. Mak oh mak, sabar jelah. Masuk masuk je sekolah tu macam ayam berak kapur. Taknak macam pucat pulak muka aku bila jadi pendatang haram baru. Lepas tu, aku dipertemukan semula rakan lama aku daripada sekolah rendah. Starting from Syalifa, dia datang peluk aku macam hape! HAHA even kitorang duduk satu daerah, selama 3tahun aku dekat Batu Pahat, tak pernah aku keluar nampak dia. *kecuali masa form 1, aku jemput dia masa raya melalui kakak dia. Aku pun tak tahu lah. Mungkin silap aku kerana terlalu anti-sosial. Aku hanya sosial di laman sesawang. Akibat akibat, astaghfirullahhaladzim. -.-'

Tak lama tu, mula lah jumpa budak budak yang aku hanya kenal dari laman sesawang Facebook. Tapi just tegur biasa biasa jelah. Tegur yang lain, budak budak lama semua. HAHA. Rindu kauorang. Imisschiu! Okay, abaikan. Tahu jelah, budak baru, slow dalam semua hal. Aku banyak senyap je pada hari pertama sekolah. Aku blur, terasa insan bodoh dekat sekolah baru. Aku diam. Tak terkata bila duduk dalam hari orientasi. Dalam masa tiga hari, aku mula selesa. Aku mula boleh hadapi dengan Wanie dan geng. Aku cuba rapat balik dengan dia macam sekolah rendah dulu. Dia tak berubah. Su yang banyak berubah. Dulu dia sama kemetot kot dengan aku. Sekarang nah kau, tinggi lampai, tak capai tangan aku oii. HAHA. Terperanjat maknyah XD Okay lupakan.

Aku rapat dengan Wanie. Paling rapat. Dalam geng, dia banyak dengan aku je. Dia banyak celoteh dengan aku. Sampai cikgu Maths pening kepala kalau tengok kitorang berbual tak ingat dunia. HAHA. Tapi bila kena sound pun, boleh siap nak berbual lagi. HAHA. Adat kot perempuan. Ngeh~ Bila dia pergi sukan pun dengan aku. Apa dia masuk, mesti aku pun kena masuk jugak. HAHA. Bukan sebab ikutan dia, tapi memang aku yang nak masuk. Macam ada something keling tak betol kalau apa dia buat, aku tak buat. Cuma satu je aku lambat pick-up. Dia cepat tangkap kalau belajar dalam akademik. Aku pulak, madah empat ratus kali sangap, lagi lagi dalam kelas Kimia dengan Fizik. HAHA, sabar jelah~ Dia kira dua kali ganda rajin dari aku lah. Bagus bagus! HAHA.

Cuma satu jelah aku kasihan dekat dia. Dia selalu jadi mangsa. Mangsa keadaan, mangsa masalah mental, mangsa masalah kawan. Selalu nya dia. Aku pun tak tau kenapa. Kadang kadang aku pernah terfikir, 'dia kena badi aku ke?' Yelah, dulu aku nie dikategori agak paiseyy lah senang cerita. Bila dia dengan aku, dia kata, 'dulu takde macam nie pun wehh, semua okay je'. Dia akan kata macam tu bila dia ada masalah, lagi lagi masalah perasaan. *mungkin. HAHA, sometimes aku nak nangis jugak pasal dia. Aku pun entahlah. Mungkin dia kena badi aku. Aku kasihannn dekat dia. Walaupun aku dengan dia kadang kala ada kecik hati, tapi aku seriously takde nak tunjuk kecik hati aku dekat dia. Aku bukan apa, aku taknak tunjuk kecik hati aku. Aku taknak jadi macam dulu. 

Aku sayang dia. Kalau dulu, aku ada boipren, aku lagi sayang dia daripada boipren aku. Sekarang tak, aku sayang dia dah macam boipren aku sendiri. HAHA. Untuk pengetahuan kau orang lah kan, ada jugak certain people ingat aku nie lesbian sebab madah nak melekat je dengan dia. Hello! Aku masih waras okay! Kau kena fikir enam ratus tujuh puluh satu ribu sembilan ratus tiga puluh lapan kali untuk kau kata sedemikian dekat aku. Ohmjayyyyy. Sabar jelah~ Entah lah. Aku empat kali tukar tajuk entry nie. Dari tajuk aku nak cerita pasal istilah Fobia, dah tertukar jadi entry nie. HAHA. Aku pun tak tahu lah. Tak memasal betol. 

Tapi Wanie, walau macam mana buruk ke baik ke hape kau, aku tetap akan tabik kau, sayang kau dan cuba sedaya upaya untuk sentiasa ada bersama kau. Aku akan cuba bimbing kau sekiranya kau salah. Aku takda hak pape atas diri kau, *aku rembat ayat cikgu Bahasa Melayu aku. HAHA. -.-' Aku hanya manusia yang khilaf. Maafkan aku kalau tindak tanduk kau yang salah, kau pelajarinya dari aku. Walaupun kau ada sedikit baran, aku cuba untuk bersabar dengan kau. Maafkan aku Wanie sekiranya aku tak dapat jadi kawan yang terbaik.

Ilapchu! Kamek Sayang Kitak! Saranghaeyou! Mahal Kita! Aishiteru! Wo Ai Ni! 

Kbai, Assalammualaikum.

Labels: , , , , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special