|
101# Nota Buat 'Capital S'
Assalammualaikum, hai eberybadyyyy. Haha *saje eden menggedik XDDengan lafaz bismillahhirrahmannirrahim, Nana memulakan langkah. :)
Capital S pertama, tak memasal kita boleh rapat kan? Hahahaha, rindu kau gila gila do. Serius. Aku tak tahu kenapa, even kita selalu gaduh, selalu ada je benda tak kena pasal kita, selalu ada je jelek nya kita. Tapi kau tetap tak kisah. Kau sudi jadi Capital S kedua, okay. Kita pernah bersama untuk 4bulan 13hari. Tapi aku tahu, kau bahagia dengan aku seketika je. Yelah, aku tak pernah bahagia kan kau. Aku hanya menyakitkan kau. Aku mengerti, dan aku rasa bersalah, aku lepaskan kau. Aku biarkan ikatan kita terlerai. Aku sayang kau, sebab tu aku bertindak sedemikian. Aku tak sanggup melihatkan kau yang hanya terkapai kapai merebut kasih sayang aku. Aku rasa lebih bahagia berkawan dengan kau. Dalam masa kita bersama, banyak kali aku katakan tentang ini. Mungkin waktu itu, kesabaran kau masih ada. Tetapi, aku sedaya upaya mencari jalan untuk bubarkan ikatan kita dengan mengatakan aku punya orang lain walhal aku hanya ada kau ketika itu. Bila kau kata kau nak leraikan ikatan kita, kau pula adakan cerita kau pun punya orang lain. Aku sebak, aku nangis, aku tak sangka. Tapi kau cerita semula dekat aku yang itu semua pembohongan! Kau tipu aku, kau buat aku nangis. Sampai hati kau. Capital S ketiga, kau S! Ah kau sial! Untuk kau memang aku kena berkasar! Sebab daripada kita berkasar tu jugak aku sayang kau! Ahh tak guna. Macam mana aku boleh sayangkan kau sedangkan kau sudah berpunya? Maafkan aku, aku hanya meluahkan. Mungkin perkenalan kita yang lama telah membuahkan bibit daripada aku. Maafkan aku kerana menyayangi kau. Maafkan aku. Aku tak sengaja. Aku tak sedar apa yang telah aku lakukan. Mungkin bibit manis, muka comel kau buat aku lupa kau siapa, milik siapa. Kau buat aku rebah dalam bibit kau. Kau pernah korbankan masa dan kesabaran untuk aku. Walau kau tahu aku ini sebagaimana rupa, kau cuba belai aku. Aku lemah dalam pelukan kasih sayang kau. Maafkan aku. Aku bersalah! Maafkanlah aku. Andai kata kata sebagai seorang sahabat sahaja yang mampu mengikat kita. Tak lebih! Aku taknak. Aku belum tentu dapat membahagiakan kau sebagaimana kau dapat dibahagiakan oleh orang yang kau sayang. Maaf. Capital S. Ketiga tiga manusia seperti kau tetap aku simpan dalam lubuk ketubuk hati aku sebagai kawan. Aku belum mampu bahagiakan orang. Sedangkan diri aku sendiri dilamun dek sengsara yang aku sendiri bina. Aku sayang kau. Tapi apakan daya aku ini hanya lah insan yang belum mengerti kasih sayang percintaan. Maafkan aku. Aku hanya budak sekolah yang masih patut ulangkaji pelajaran Matematik Tambahan, Biologi, Kimia and Fizik. Aku tak mengerti semua kasih sayang ini. Mungkin kerana aku hanya dilapikkan kasih sayang palsu. Aku hanya mengerti makna kawan. Selamanya tetap kawan, kerana kawan, aku lagi sanggup bergadai nyawa, walau kawan itu pernah melukakan aku. Aku bukan manusia kolot yang tidak mengerti istilah 'couple'. Tetapi aku manusia yang lemah, lemah dalam semua tindakan. Aku hanya berhati batu. Itulah aku. Assalammualaikum. Labels: merepek, pendapat, perasaan, teman |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |