|
96# Kenyataan :')
As salam, Haiiii :)HIHI today kan, nak buat loveletter, tapi bukan sebab Nana nak sambut Valentine's Day lah ngekkkk. Just for sure, yela, selama nie, Nana takda pun nak menceritakan pasal HIM dekat blog ini. Nana lebih banyak menceritakan life Nana dan friends. Selama nie tak terfikir pun nak buat loveletter ke apa surat ke yang jiwang jadah haram nie. Lepas habis baca, tolong senyap jooo. Nak muntah/terberak pun takpe XD Here we started. Macam mana kita kenal ek? Kita kenal dari ex awak lah. Ex awak tu pulak kawan baik saya. Fine, actually saya tak suka kalau nak rapat dengan someone yang dulunya pernah jadi ex kawan baik saya sendiri sebab takut timbul isu yang membangkitkan kemarahan. Time tu, kita berkenalan jugak sebab saya memerlukan teman yang seiring dan sebaya saya. Perkara itu tercetus disebabkan bila kita sama umur, jadi sama benda kita boleh kongsi, jadi mudah untuk menerima dan menolak. Yes, after you got my number, tak lama lepas tu kita text-ing. Masa tu kita tak pernah tahu muka masing masing, cara, gaya, kehidupan dan status. Masa tu saya fikir awak nie single and unavailable macam status saya. Malangnya, masa tu awak sudah pun berpunya, saya rasa macam hampa gila. Saya tak sangka. Later, awak mintak sent gambar saya dan time tu handphone saya sedang enak berada di 'hospital'. Tak lama beberapa hari lepas tu, kita meet sebab awak kata awak yang nak tengok muka saya. Tu pun macam nak tak nak je sebab awak pun time tu macam tak hingin je tengok muka saya. Saya terima itu :) Time tu jugak lah, tak sampai half an hour pun, awak blaa macam tu tinggalkan saya. Sumpah saya sakit hati gila bila awak buat macam tu, kalau dapat, nak je lempang awak depan khalayak tu. Tapi saya masih waras, dan saya hanya memikirkan yang terbaik. Mungkin juga ada sebab kenapa awak buat macam tu. Later tak lama lepas tu, kita still in contact. Contact as friends. Masa tu awak pun text saya tanya soalan yang lebih kurang merepek. HAHA. Saya pun layankan jela even awak reply text cepat nak mampus. Saya sampai speechless bila awak reply cepat sangat. Grr ~ Then one day, kita text-ing dan bercerita tentang kehidupan, tentang diri awak. Dan hampanya, awak takde pulak tanya soalan tu dekat saya -.-' Yess, time tu saya sibuk tanya pasal girlfie awak dan EHEM kali tu jugak saya pernah cuba goda awak. Malang gila, bila awak kata, sayang M sorang je dan siap janji bagai nak hidup dengan dia jea. Okay fine, sumpah masa tu saya sakit hati gila babi tahap kena langgar lori ayam. Dan bermula daripada itu, saya terus stop contact awak dan menjauhkan diri dari awak supaya saya tak nak lah di anggap sebagai penyemak rumahtangga orang. Sebab saya berfikir secara rasional, mungkin ada insan yang lebih baik untuk saya selain awak. Past by times. Saya hanya hidup dengan kawan baik saya yang sepanjang masa ada jea untuk saya. Tak lama selepas tu, kawan baik saya dapat tawaran sambung belajar dan start daripada tu, saya jarang contact dia. Dia telah ada kehidupan barunya. Yeah for sure, mestilah jugak dia dah ada someone special dalam hati dia. Daripada situ, hati saya mula tercetus kembali untuk memilih jalan bersendiri daripada dengan kawan baik saya. Saya hanya sendirian, tanpa seseorang yang berpegang dengan saya, pada masa tersebut jugalah, kawan baik saya nie hanya mampu memberi sokongan jika belia berkesempatan. Saya sendiri, saya bosan. Bosan dengan kehidupan seperti tiada pegangan. Bermula saat itu, saya hanya menumpukan diri saya, pelajaran dan kehidupan. Dan untuk sekian lama saya menjadi seorang yang single and unavailable. Ramai lah jugak yang cuba tawan hati saya, pikat saya. Tapi malangnya, saya tak tertarik pun. Sehinggalah saya menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2010. Hari terakhir kita menduduki exam tu, saya masih ingat lagi, saya tak sangka TERjumpa awak dekat tempat kita selalu bergelendangan. Start daripada tu kan kita selalu text? HIHI moments kita, saya ingat lagi. Kita sering bergaduh sebab masing masing selalu membuat perangai tak nak mengalah. Tapi akhirnya, saya lebih mengaku kalah sebab saya tahu, kalau kta gaduh sampai mampus pun belum tentu awak mudah je nak mengalah.Hari demi hari, kita makin rapat, makin selalu text-ing even setiap masa! Macam couple even masa tu awak baru clash dengan A yang merupakan kawan saya jugak. Haha tapi entah lah kan, mungkin dah takdir, saya mula sayang awak daripada saya bengang dan benci diri awak. Kita semakin berkongsi masalah. Kita bagaikan ada keserasian. Masa tu, setiap masa saya contact awak je! Awak dan awak, takde orang lain pun. Kalau ada orang lain text, saya akan berikan alasan untuk elak sebab nak simpan kredit buat text awak sorang. Saya pun tak tahu lah kenapa saya boleh jadi macam tu sekali sebab awak! :'/ Kawan kawan kata, jangan saya beri harapan sangat terhadap awak, tapi entah lah, saya hanya rasa saya untuk awak even masa tu kita tak official relation pun. Tak lama sekian tu, dalam diam awak jugak simpan perasan dekat saya. Cuma masing masing tak nak mengaku sampai lah suatu hari, saya TERtext iloveyou dekat awak, dan awak pun boleh pulak reply macam biasa jek. 3hari lepas tu, kita terus couple kann? Saya ingat lagii. Pada jam 1pagi tepat awak lamar saya, masa tu jugak awak macam tak nak bagi saya tidur. Saya amat pelik tahu! Sebaik sahaja awak lamar saya tanpa sebarang kata lain saya pun accept! HIHI since that sampai pukul 2.30pagi kita text-ing then later baru tidur sama sama. Teeheeeee *sweet lah konon nyee XD Times by times, kita bersama macam pasangan lain cuma saya kurang sopan je dengan awak. Sebab apa? Sebenarnya saya tak boleh kawal perangai tu. Saya sebenarnya dalam hati, bahagia amat dapat jumpa awak, contact awak. Cuma biasalah, saya terlalu happy sampai saya boleh hilang sopan dengan awak! Saya boleh buat awak macam awak nie ape tah. Awak pulak tu melayan jea. Saya pun naik lah tocang happy nak mampus. Haha im really miss that. :'> Now, kita tak macam dulu. Since i kerja, i sukan, i free you busy, you free i pulak busy. Bermula dari itu, kita jarang contact. Kita makin gaduh secara serius. Dulu, bila gaduh, nanti mesti akan ada satu benda yang akan buat kita gelak, sampai kita lupa sebenarnya kita nie tengah gaduh. Entahlah. Mungkin saya tak paham isi hati awak. Saya cuba ikut cara awak. Buat apa awak nak, saya cuba buat, awak suruh saya mengenali diri awak, saya try jugak buat. Tapi apa saya dapat? Awak lebih memendamkan perasaan. Saya amat risau, pilu, hampa. Semalam. Kata kata itu memang menguji diri awak, emosi dan pemikiran awak. Saya sedar, mungkin silap saya kerana berkata sedemikian. Tapi saya hanya jujur! Saya tak nak simpan perkara bodoh tu lama lama. Selama tiga hari saya cuba elakkan daripada awak tahu perkara tersebut. Saya hanya mampu berdiam dan semalam itu, kata kata itu telah terpacul sendirinya. Saya sedar, saya buat keputusan sedemikian yang salah. Saya tak mampu tipu diri saya sendiri. Saya pun ada kata yang sebenarnya saya dalam emosi kurang stabil. Awak tahu tu kan? Awak tahu, kalau emosi saya kurang stabil, berbagai benda saya akan pertikaikan. Tapi awak? Awak hanya mampu berdiam dan simpan pendam seorang. AWAK. Saya cuba menunggu awak, dan awak hanya mampu dengan keegoan awak. Kenapa awak? Kenapa? Kenapa hubungan kita jarang sangat ada happy? Selalu kita gaduh dan tetap gaduh. Saya kuat merajuk apatah lagi awak. Masing masing banyak persamaan. Tapi saya cuba sehaluan kan semula hubungan baik kita. Awak, sampai bila awak nak simpan segala marah benci bengkek awak dekat saya? Sampai bila? Sampai saya pejam mata? Ye, mungkin kali itu baru saya sedar sayang awak terhadap saya. Mungkin kali itu baru awak sedar kenapa saya berbuat sedemikian. Mungkin masa tulah awak akan merasakan saya lah segala galanya buat awak.Saya bukan apa, saya berasa serba salah dengan awak. Saya jarang membahagiakan awak. Saya selalu buat awak marah. Saya selalu buat awak bengang. Saya selalu buat awak hilang mood. Saya selalu buat awak naik menyampah dengan saya. Tapi awak nak tahu kenapa saya buat sesuatu yang cuba menjauhkan saya dengan awak? Sebab saya tahu, saya tak mampu membahagiakan awak, saya tak mampu buat awak happy. Saya tak mampu buat awak sentiasa ceria. Saya tak mampu buat awak sentiasa ada mood dengan saya. Saya tak mampu buat segala macam bagai permintaan awak. Maafkan saya, awak. Saya hanya nak awak dapat yang lebih baik daripada saya. Saya tahu, tempat saya sekarang hanya sementara. Saya berdoa agar saya dapat kekalkan tempat saya sekarang. Tapi seandainya, saya tak mampu kekalkan tempat saya sekarang, saya hanya berharap awak akan dapat wanita yang lebih baik daripada saya. Saya tak cukup kuat untuk menghadapi kehilangan awak. Tapi saya tahu, Allah itu Maha Besar. Segala galanya ketentuan-Nya dan kita hanya mampu merancang, kan? Saya tak mampu lagi mengharap bersama awak. Saya hanya inginkan kehidupan lebih baik sekiranya kita berpisah...*okay fine. sila muntah/terberak sekarang! dah habis! :') Wasalam... Labels: belajar belajar, keperluan, merepek, pendapat, perasaan, teman |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |