Signifying Colours.
If my heart can voice out.
Assalammualaikum w.b.t
Selamat sejahtera!

Lama sangat aku tak update blog. Rindu. Kalau aku ni bengap. Semua pekung aku nak bukak. Bukan takde maruah. Cuma terlalu banyak simpan. Kesian jadi aku. Selalu berangan macam Snow White and The Seven Dwarfs tu. Ada je hero antarabangsa yang datang selamatkan. Lepastu ada je yang faham perasaan dan kerenah Snow White tu.

Kalau dulu aku tak cantik, aku dihina.
Kalau dulu aku tak menarik, aku dihebah.
Kalau dulu aku bersendiri, aku dipulau.
Tapi tu kalau dulu.

Sekarang aku dah tak seperti dulu. Aku dah ada semangat baru, jiwa baru, hasrat baru dan yang penting peribadi baru. Takpun, wajah baru. Hihi, bukan aku buat pembedahan plastik. Cuma aku pakai sikit produk. Ada orang promote kan. Hahaha.

Dulu aku jatuh, kau bangkitkan.
Dulu aku sakit, kau sembuhkan.
Dulu aku pendendam, kau luahkan.
Dulu aku kasar, kau lembutkan.
Dulu aku jahil, kau tolongkan.

Alahai. Genap setahun Mohamad Daim tinggalkan aku. Satu-satunya adik aku. Satu-satunya makhluk yang suka sekolahkan aku sampai merayu-rayu. Semoga roh kau dicucuri rahmat. Sekarang aku cuma ada gambar kau yang sempat aku tangkap. Walaupun tak banyak kenangan, kau banyak semangatkan dalam diri aku. Terima kasih adik. Sebab pernah lengkapkan sudut dalam jiwa aku.

Al-Fatihah.



★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special