# Drama Air Mata
Assalammualaikum and well Hello :)Bismillahhirahmannirrahim. Bertemu lagi kita di laman sosial Blogger dengan izin dan limpah kurnia-Nya, marilah kita sama-sama merapatkan kesyukuran dan panjatkanlah doa diatas anugerah-Nya di bumi yang begitu bertuah ini. Sekian lama mendiamkan diri dengan keperibadian diri, saya mencari kembali sinar dan impian di hati. Alhamdulilah, tercapai. Namun, hidup tak selamanya indah kan? Baiklah. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai drama air mata yang saya alami sendiri. Orang kata, air mata ibarat mutiara, setitik air mata kita jatuh ke bumi, sebutir mutiara turut hilang di persada ini. Drama air mata saya, drama yang meraih simpati. Ya, saya meraih simpati seseorang yang saya gelarkan beliau Mr. Superman. Sedia maklum, selama ini saya terlalu mengharapkan Mr. Superman yang berjaya merendahkan sifat egois saya yang sedia ada ini. Dalam beberapa ketika, apabila muncul seorang Mr. Superman yang berjaya buat saya merendahkan sifat egois ini, saya kenal erti sayang yang saya rasa saya tak jumpa lagi pada mana-mana lelaki yang saya pernah kenal. Air mata ini jatuh kerana beliau. Ya, kali pertama dan hari ini mungkin kali terakhir air mata ini jatuh kerana beliau yang lebih selesa dipanggil Tony. Kali pertama air mata ini jatuh kerana beliau gara-gara lamaran beliau yang sama sekali tak dijangka. Tetapi, hari ini mungkin hari terakhir air mata ini mengalir kerana beliau disebabkan hubungan yang tak kemana. Menangis. Air mata ini tak mampu berhenti sejak beberapa jam yang lalu. Hanya mampu menangis dan menangis dan menangis... Kali ini lemah dan tersangat lemah. Kali ini saya lemah kerana lelaki. Apa semua ini... Raihana Fateha, menangislah air mata darah sekalipun tetapi sekiranya Tony bukan untuk kau, kau kena terima hakikat itu... Ramai kata saya terlalu mengikutkan perasaan. Saya akui dan akur. Antara ramai kawan lelaki yang saya ada, tiada insan yang pernah cuba untuk merendahkan sifat egois ini seperti Mr. Superman lakukan. Sedih sebak meratap, segalanya dah harungi. Perasaan sekarang macam dalam lagu Harapan, original soundtrack cerita Seindah Sakura tu... :'( Sekarang ini, apapun yang terjadi, tak pernah tawar hati pun dengan Mr. Superman. Takpe, ada hikmahnya :') Seuntai kata-kata untuk Mr. Superman... Mohd Arif Fhatni bin Mohd Noor... p/s : kekecewaan hati ini boleh diubati, tetapi awak tiada pengganti... :') |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |