# Long Distance/Jarak Jauh :)
Assalammualaikum and well Hello :)Bismillahhirahmannirrahim. Alhamdulilah. Dapat jugak online setelah sekian lama mendiamkan diri. Isk iskkk T.T Hai semua orang! Apa khabar? Kali ni Nana nak share pasal perhubungan jarak jauh atau 'long distance relationship'. Sedikit mukadimah kepada kalian mengapa saya pilih entry ni selepas sekian lama saya mendiamkan diri :) No bad comment please! Saya just nak share pasal kepercayaan antara pasangan ni. 5983 miles merupakan jarak yang sangat sangat jauh! 5983 miles bersamaan dengan 10000 kilometer tak silap lah. Jauh kan? Sedangkan kita ni 10 kilometer pun dah kira jauh, apatah lagi 10000 kilometer T.T Perlakuan dalam video sangat tidak digalakkan. Saya cuma sangat impressed bila pasangan ni dapat buktikan 10000 kilometer itu hanyalah jarak semata-mata. Benar kata orang, kepercayaan/ketulusan merupakan antara ciri yang amat diperlukan dalam berpasangan. Lepasni nak long distance relationship boleh? :) Bukan apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Macam teringin pulaks, wuuuhuuuuuuuuuuuuu T.T For sure, sangat boredom takda special boyfriend. Tapi nak buat cemana. Life must go on, right? :') Saya kuat, saya boleh! Saya segenapnya dua bulan telah 'menjandakan' diri *hahaha* dan sangat boring sekarang. Tapi hati ni masih terluka dengan yang lama. Terluka sangat. Saya banyak berdiam pun, gara-gara hal yang tak berfaedah ni. Lepas apa yang terjadi antara saya dan ex-special boyfriend, saya mula hilang kepercayaan dekat orang, dan terutama lelaki :') Bukan saya terlalu nak menyalahkan lelaki, tetapi semua terjadi daripada pengalaman hidup dan buat saya jadi macam ni. *ohh~ confession* Dulu awal bercinta *opss gediks* mak oihh, sayang nak mampuihh, janji dengan propaganda bagai. Tapi sekarang, hilang macam tu je bila kepercayaan diri kita terhadap pasangan direntap. Pada permulaan, saya macam tak boleh terima keadaan ni. Ya Allah, tension nya, Tuhan saja yang tahu. Bayangkan, orang yang paling kita percaya dan sayang, menjadi orang yang paling kita benci sebab pengkhianatan dia, apa perasaan korang? Mesti sentap kan? :( Macam mana nak pulihkan hati ni? Walaupun dah dua bulan berlalu, tapi sakitnya macam baru kena dua minit yang lepas. Terasa yang amat ketara sangat. Sekarang, saya cuba tabahkan hati ni, pulihkan keadaan. Dan kepada kawan juga merangkap teman-teman baik saya, Nana mintak maaf sangat-sangat sebab terlalu banyak menyimpan dan mendiamkan diri. Nana tau, korang pelik kan tengok diri Nana tetiba macam lifeless je. Nana bukan nak salahkan lelaki 100%, salah Nana jugak sebab terlalu baik dengan orang dan mudah percayakan orang. Dear my friends, korang hebat sangat! Thanks support dan memahami saya! :') Dan special statement to my dear beloved twins, Nazira binti Kamarol Ibrahim :') Maafkan saya tau. Bukan saya taknak share problem dengan awak. Tapi awak terlupa janji awak kat saya. Tapi bukan bermakna saya tak percayakan awak langsung, cuma saya tersentap bila awak bagitau hal sebenar dekat ex-special boyfriend saya. Saya bukan taknak bagitau dia, saya cuma nak dia sedar kesilapan dia sendiri. Maafkan saya tau, saya tak marah awak sikitpun. Saya sayang awak, kita kan twins! :) Sometimes, confession makes you regret, but its better than you keep it alone because no one know your real problem except confession.Saya sayang orang yang sayang saya ♥ Assalammualaikum :) Labels: ceritera, pendapat, perasaan, teman |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |