Signifying Colours.
# Masalah
Assalammualaikum and well Hello! (:
Bismillahhirrahmannirahim.

Entry kali ini berbaur ke-Islaman dan kehidupan kerohanian di zaman metropolitan ini. Kalau tak suka, Ctrl+W okay (:

# Masalah cinta


-Macam mana adanya cinta?
Ya Allah, aku bersyukur kerana masih diberi nikmat bercinta.
-Tapi alangkahnya jika saya tersungkur dan menyalahgunakan erti cinta?
Ya Allah, aku mohon dijauhkan begitu.
-Jika saya insan yang khilaf dan dosa ini dicintai insan yang mengabdikan diri kepada Allah?
Ya Allah, sesungguhnya kau beriku pedoman dan petunjuk sinar hidayah dalam diriku.

# Masalah sahabat


-Macam mana boleh tercetus masalah sesama sahabat?
Ya Allah, lindungi aku dan sahabat-sahabatku daripada segala yang menidakkan tentang kami.
-Kalau saya yang bodoh, hanya ingat kawan tika susah je?
Ya Allah, ampuni aku, aku hambamu yang khilaf, berikan aku waktu untuk menebus semula kesilapanku.
-Saya dah takda dekat dunia, teringin nak balas budi kawan yang sanggup datang masa kepergian saya, saya rindu mereka.
Ya Allah, sesungguhnya jika Engkau tahu betapa hebatnya sahabat yang sebegitu telah kau kurniakan tika aku pergi menghadapMu.

# Masalah teman rapat


-Jangan cari saya, saya dah tak perlukan awak.
Ya Allah, ampunilah hambamu. Lembutkan hatinya agar beliau dapat menerima seadanya aku.
-Saya alpa pasal awak, maafkan saya.
Ya Allah, alangkah Engkau begitu mengerti kemahuanku, sesungguhnya aku amat mensyukuri kurniaanMu.
-Kalau saya mati, jangan mengada ngada nak meratapi mayat saya.
Ya Allah, dalam tawanya, ada kesedihannya, lindungilah hambamu ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.

# Masalah Keluarga


-Saya anak luar nikah, sebab tu mak ayah atau saudara terdekat semua tak suka saya.
Ya Allah, sesungguhnya dugaan yang Engkau berikan cukup berat buatku, lindungi aku dan kuatkanlah imanku agar dapat menakluki pancaroba kehidupan ini.
-Mak ayah selalu sibuk kerja, tu yang saya bosan, enjoy! Mak ayah tak marah, sebab mereka pun sama je.
Ya Allah, ampunilah hambamu itu. Mereka itu insan yang khilaf dan dosa, lindungi mereka dari segala kancah yang Engkau benci ya Allah, aku memohon kepadamu.
-Saya tak peduli, yang penting saya dah malas ambil tahu pasal anak dan isteri.
Ya Allah, dampingi insan itu, semoga beliau kembali ke jalanMu yang suci itu.

Terdapat pelbagai masalah yang saya tak dapat rungkaikan dan pertikaikan. Ini semua ilmu tentang kerohanian, bagaimana pula masalah anda? Saya pasti, anda mampu mengubahnya :)
Entry kali ini hanya untuk berkongsi apa yang tercetus di benak fikiran saya ini :D Bukan ada maksud lain tau, saya cuma ingin berkongsi, hihi.


Assalammualaikum.
p/s : gambar adalah contoh semata-mata jangan nakal-nakal nak menokok-nambah :D

Labels: , , , , , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special