120# Maafkan Mak Abah...........
Assalammualaikum and well Hello!Bismillahhirahmannirahim. Hai. Saya baru habis exam final end year! Sangat sangat tak terkata. Hihihii. Seronok tu memang lah seronok. Tapi adat lah kan, dalam seronok, mesti ada sedih right? Bohong bebenor kalau dah seronok, forever seronok je :'D Bila kita terlalu seronok, mungkin kita akan terlalu terlupa yang sedang bersedih. Betulkannn? Masing masing ada pendapat masing masing. Hahaha dah, okay abaikan (: -------------------------------------------------------------------------------- Ceritera bermula........Jam 19:39 Tarikh 02 November 2011 Mak menghantar sesuatu melalui sistem pesanan ringkas dari Tanah Suci Mekah. - Nana apa khabar? Mak ni. Dah habis exam? Dah makan ke? Rain (Abang kepada Nana) masak apa hari ini? Amir (Abang kepada Nana) dah ok ke? Dah nak makan? Begitu sekali pertanyaan seorang mak yang terlalu merisaukan anaknya. Sekali banyak pertanyaannya. Biasalah, hati seorang mak :'D Ketika ini, Nana pun sudah merasakan sesuatu yang pilu, terdetik kesebakan dihatinya. Walaupun itu semua sekadar pertanyaan. Nana kena kuat walaupun dihatinya, kepiluan yang meracau. Jam 02:30 Tarikh 03 November 2011 Nana baru saja hendak membalas sistem pesanan ringkas kerana sebelum itu Nana tidak perasan kehadiran pesanan itu masuk melalui telefon bimbitnya. - Alhamdulilah. Sihat ni. Mak apa khabar? Tadi last paper, esok pulang buku teks. Rain tak masak, dia beli je, lauk tomyam dengan telur bungkus. Amir, alhamdulilah dah sihat. Mak jaga diri ye :-) Tiada siapa tahu, kesebakan Nana ketika itu apabila menghantar sistem pesanan ringkas sebegitu. Hatinya pilu walaupun hanya sekadar pertanyaan biasa. Sebenarnya, Nana begitu merindui mak dan abahnya yang kini berada di Tanah Suci menjalankan ibadah haji. Ya, Nana berkata yang baik baik sahaja kerana tidak mahu perjalanan ibadah mak dan abahnya terganggu jika Nana mengatakan perkara yang boleh mendatangkan kerisauan terhadap kedua dua orang tuanya. Jam 03:08 Tarikh 03 November 2011 Mak membalas semula pesanan ringkas yang dikirim Nana... - Mak kat sini ok...cuma batuk sikit. Abah panas dalam sampai hidung berdarah, tapi dah ok lepas bawa ke klinik. Hari Jumaat (04 November 2011) pergi wukuf. Doakan mak dan abah sihat dan dapat melakukan semua ibadah dengan sempurna. Mak dan abah minta maaf andai ada salah silap kami kepada semua adik beradik. Tolong beritahu ya. Salam untuk semua Waktu itu, sebenarnya Nana belum tidur, sebab menunggu kiriman pesanan ringkas daripada mak. Sebaik sahaja Nana membaca kiriman mak, belum sempat Nana berkata sepatah, sebutir jernih jatuh ke bumi. Nana tahu, kiriman mak bukan untuk membuat Nana sedih. Tapi Nana yang merupakan seorang anak yang manja dengan mak abahnya, amat terasa dengan kiriman mak kerana terlalu merindui mak abahnya. Hati siapa tak sedih jika mak abah sendiri berkata sedemikian. Mungkin sesetengah orang beranggapan biasa. Tapi Nana yang merupakan seorang gadis remaja perawan, dan kini mulai mencecah kematangan, kian merasai ketiadaan mak dan abah di rumah. Seminit kemudian, butir butir jernih kian jatuh melimpah ke bumi kerana Nana tidak mampu menahan rindu terhadap mak dan abahnya. Allah sahaja yang tahu rasa sebak hati Nana. Ketika itu, Nana tak mampu membalas kiriman pesanan ringkas mak. Sangat sangat sebak dihatinya. Nana hanya mampu meng'forward'kan pesanan ringkas mak kepada semua adik beradik. Nana tahu, Nana kena kuat, Nana kena hadapi kerinduan itu. Dengan harapan Nik Dot, Nana mula tersenyum semula walaupun hati terluka. Nik Dot kata itu semua ucapan untuk raya haji je. Yela, sabar jela kalau dengan Nik Dot nie. Hearts and Minds of Mine is For You Mak and Abah. 10/09/08 - 30/01/10 *tetiba rindu, kalaulah 'dia' tau saya sayang dia lagi <': Hihi. Hm. Abaikan picture. Ingin buat gempak saje :'D Cerita nie, saya yang alami sendiri, nampak macam mudah. Tapi biasalah. Saya nie memang mudah tersentuh. Bak kata pepatah moden, muka legend, hati kiut tau. Hihi :'> So, sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada di dunia ini. Ingatlah, syurga seorang anak, di bawah telapak kaki ibu. Ingat tau...... (: Story mory nie saya kongsi, sebab ingin dijadikan pengajaran. Siapa siapa yang sedih, lap airmata cepat cepat tau. Kalau tak, kasihanilah lappy/PC anda kerana dibanjiri airmata. Hihi. Okay dah tuu je. And lastly, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, tak kira dimana jua anda berada :D Assalammualaikum. p/s : Nik Dot tu kawan Rain. (: Labels: belajar belajar, ceritera, keperluan, pendapat, perasaan |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |