Signifying Colours.
113# Ramadhan Al-Mubarakah (Lailatulqadar)
Assalammualaikum and well Hello!
Bissmillahhirahmannirahim.

Hai awaks yang comels cantiks hencems awesome tuhh. Dah lama kan kan kita tak update blog sakai nihh kan? Haihhh. Maaf ye baby blog, iloveyou always, and i'm doesn't me to leave you for a long time, but i have my own crisis. Sorry babyyy. ((: Entry kali nie, saya berbesar perut hati untuk menggunakan bahasa yang lebih baik, memandangkan mood saya pun baik. Hikhik :D #moodBMT ^^

Okay, before that, i want to talk about my blog. Agagagaga -,- Kenapa baru sekarang sibuk nak cerita pasal blog nie? Ceritanya begini, as you you ols know lah kan, blog nih dah tiada shoutmix, and that why, follower makin berkurang, pembaca pun berkurang, pendatang haram comels hencems semua pun berkurang. Kasihan lah saya -,- OMG. Dan kali ini, saya ingin memohon maaf zahir batin sekiranya perlakuan ini mendatangkan kurang kesenangan buat you ols. #sayatahurayalambatlagi. 

Berbalik kepada entry. Tersimpang pula saya ni. Memandangkan tertulis nya entry ini, saya ingin berkongsi berkenaan malam sepuluh terakhir di bulan Ramadhan. Orang kata malam sepuluh terakhir Ramadhan paling banyak barakah, kenapa? Sebagaimana saya tahu, malam sepuluh terakhir Ramadhan ini banyak memberi keberkatan, ya anak anak, kap-ba-ro-kap-alif-ta-nun. Apa dia anak anak? KEBERKATAN. Keberkatan dengan adanya malam Lailatul Qadar.

Malam Lailatul Qadar merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."
Selain itu, Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."
Akan tetapi, malam Lailatul Qadar ini, sunat dicari kerana Nabi Muhammad SAW bimbangkan yang kalian tidak cuba mencarinya. Nabi Muhammad SAW bersabda lagi,
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Kebiasaan diperkatakan, malam Lailatul Qadar jatuhnya pada 27 Ramadhan, tetapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, malam Lailatul Qadar, sunat dicari. Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."
*sumbertenagabantuan:CLICKHERE
Oleh itu, sebagai umat Islam, saya menyeru agar marilah kita bersama sama mengejar malam Lailatul Qadar ini, hidup ini cuma sekali, selagi kita hidup, kita mestilah mencari erti sebenar kehidupan di dunia dan akhirat.

Assalammualaikum.

Labels: , , , , , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special