Signifying Colours.
105# Budak Sekolah, Cuti Sekolah
Assalammualaikum, haii.
Bissmillahhirrahmannirrahim.
Alhamdulilah, memandangkan sekarang sudah pun melangkah ke cuti pertengahan tahun. Aku bersyukur sangat sangat. Walaupun percutian aku hanya tinggal lagi seminggu, tetapi aku mengharapkan, aku menikmati cuti itu dan aku lapikkan diri aku dengan aktiviti yang berfaedah. AMIN. Apa pun, kepada semua rakan, aku nak ucap kan,
Okaylah, aku taknak celoteh pasal cuti sangat, aku nak cerita pasal budak sekolah masa cuti sekolah nie buat apa. Yelah, sesetengahnya ada yang lapikkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan ada sesetengahnya tak, termasuklah aku jugak okay. Hahahaha. Okay lah, apa aktiviti yang mendatangkan faedah masa cuti nie? Cecite cecite. 

Pertama, ada yang kata, baik lapikkan diri dengan ulangkaji dan belajar. Eh kau tahu tak, sumpah bosan kalau ulangkaji jewww bila cuti nie. Enjoy lah sikit weh. *okay, tu ayat aku, harap maklum, hahaha. Tapi kau kena tahu, kalau kau cuti nie, kau sumbatkan je otak kau tu dengan pelajaran, tak boleh jugak. Kalau aku, mahunya, otak aku dah sesak dan serabut. Kau kena tambahkan masa untuk diri kau sendiri. YE, SEMESTINYA. Aku bukan nak menggalakkan kan kau buat aktiviti tak berfaedah, tapi aku taknak kau yang muda muda nie dah kena hypertension, demam panas, or so whatever. Tapi bila kau dah buat aktiviti tak berfaedah tu, berpada jugak yeww. Jangan lupa diri pulaks. HIHIHI.
Kedua, lain pulak cerita yang nak holidayyy jeww memanjang. Okay, nie bagus. Sebab sambil kau holiday, kau boleh tambah pengalaman, dan juga kau boleh tambah kenalan. *aku biasa buat XD, hahaha. Pada pendapat aku, memang satu, seronok dapat jalan jalan kan, dah tu dapat pengalaman lagi. Siapa taknak kannn? Pengalaman bukan boleh dibeli tau! Jadi sesiapa yang dah banyak melancong, dah banyak pergi tempat macam macam, jangan nak sangka dia bangang atau pun bengap, mungkin dia dah terlalu banyak pengalaman sampai tak sanggup nak pikul pengalaman dia tu. *okay, aku punya ayat dah tertonggeng terbalik, hahaha. Tapi kepada yang kaki bercuti tu, kau jangan lupa pulak kau tu pelajar, jangan lupa okay. *fine, ayat tu terkena balik dekat diri aku sendiri =='

Ketiga, certain people ada yang suka duduk rumah, terperap dalam rumah, kira senang aku cakap, terbodoh dalam rumah. Okay, sumpah aku tak suka yang nie. Sebab kaki aku tak boleh duduk diam. Kalau rumah aku besar dan triple besar, dalam rumah pun aku akan pusing pusing sebab kaki aku tak boleh duduk diam. HIHI XD. Yang nie aku bukan nak kata apa lah kannn, tapi nie tak baik untuk diri kau sendiri tahu tak! Kau yang mendera diri kau sendiri. Sekurang kurangnya, kau isi akitiviti kau dengan jogging atau bersukan, bukan untuk orang lain, tapi untuk fizikal dan intelek kau. Tak lah merana kau dalam rumah. KALAU AKU MACAM TU, MEMANG KENA TIBAI PAKAI PENYAPU JE DENGAN MAK AKU, :D. Dan, kau keluar lepak sorang sorang pun okay apa! Depan rumah pun jadilah. Jangan hairan apa orang nak kata, yang penting kau tak mendera mentaliti, rohani dan emosi kau. 

Keempat, keluar merayap sepanjang cuti sebab nak elak terbodoh dekat rumah dan kau balik rumah bila kau lapar dengan kau teringat nak online so whatever ataupun sebab duit kau habis. HAHA. Nie pun aku tak suka jugak. Kau jangan ingat nie bagus sangat lah weh. Aku bukan nak kata apa, aku tahu pun daripada pengalaman aku sendiri. Benda nie, satu nya, merugikan masa kau, tenaga kau dan kira yang nie secara langsung aku katakan aktiviti paling tak berfaedah! Kau nak buat macam nie boleh, tapi aku paling tak galakkan untuk budak sekolah, hahaha. Sebab apa? Kau buang faedah dalam diri kau sendiri. Aku tahu, mungkin family kau tak dapat bawak kau holiday, tapi kau tak payah lah nak buat perangai macam tu sangat, kau kena lapikkan diri kau dengan aktiviti yang lebih bermanfaat okay?

Aku tahu, sesetengah daripada yang aku sampaikan ada yang mungkin betul dan mungkin salah. Tapi itu berdasarkan pendapat aku. Dan apa pulak pendapat kau? Kau nak berdebat dengan aku? Comment sedia ada aku buatkan tu. Walaubagaimanapun, aku nak memulakan percutian aku ke negeri yang aku nak lah! HIHI. Mungkin lama lagi aku tak post, sorry geng. Dan untuk menggedik, aku tinggalkan satu,


Nak komen gambar nie? Comment kat bawah tu ada. Hahaha. Nie  masa trip aku ke Larkin > Skudai > Desa Tebrau Johor Bahru, Johor. HIHIHI. Ilapchiu abang and friends. Terima kasih kerana sudi ketuk pintu rumah aku sebelum subuh semata mata nak ajak aku jalan jalan. HIHI XD. Sakai kau orang, haha! Apapun terima kasih ~ Okay dah lebih gedikk nihh. Haha. Kbaii ;D

Assalammualaikum (:

Labels: , , , ,


★ Hello!
Raihana Fateha atau Akak Comel.
Student Pra-Universiti yang bajet bagus teramat.
Status pada 28 Feb 2014 :
Daimss ♥


★ Contactboard
Instagram/Twitter : @raihanafateha


★ Hearts
Mak Abah / Family / Friends
Once we are bestfriends, don't get falling in love with me. Bestfriends remain as bestfriends, guys.
♡ αyuиε's ♡

★ Credit
Designer :
Nazihah Anuar

★ Special