104# Mencari Ilham, Hari Guru
Assalammualaikum dan haiii :DBismillahhirrahmannirrahim. Walaupun masa aku tengah taip sekarang nie dah pun cecah 19 Mei 2011, tetapi aku nak cerita kan jugak tentang Hari Guru aku di sekolah baru aku. *takda lah baru sangat, tapi sebab aku baru pindah tahun nie, tu yang rasa macam baru. HAHA. ![]() Guru, kau ibarat lilin.Aku cuba buat sajak untuk guru aku, tapi aku malu. Aku malu nak deklamasikannya. Aku tahu aku boleh, sedangkan aku boleh karaoke dalam bilik air sambil terpekik terlolong, tak bermakna aku tak boleh untuk deklamasikan. Aku dapat rasakan semua itu tidak logik dek akal, tetapi itulah permulaan. Memang pelik, tetapi itulah benar. Apa guna aku buat blog kalau untuk menipu? Aku sendiri pun rugi jikalau aku menipu. Aku cuba berbuat sesuatu yang membanggakan guru aku walau aku tahu tak bermakna aku lakukan semua itu, guru aku akan pandang kepada aku semula. Aku sekarang sedang lapikkan diri aku dengan ilmu, tak hairanlah ilmu tu sedikit atau banyak, aku akan simpan. Aku cuba. Sedang aku tahu diri aku sangat lemah dalam bab mempelajari dengan orang lain. Diri aku senang belajar seorang diri. Aku tak nak jadi sombong bodoh. Sebab tu aku cuba belajar dengan guru guru aku walaupun kadang kala apa yang guru aku ajar, satu hapak pun tak masuk dalam kepala otak aku. Maaf cikgu! Tapi sekurang kurangnya saya cuba untuk menjadi insan yang ada matlamat dan wawasan diri macam cikgu ajar dalam bab satu buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4. Guru, walau kau mengajar aku tidak sampai setahun pun, tetapi aku amat mengerti jasa baikmu mendidik anak muda mudimu yang bakal mencorakkan dunia dan bangsa. Aku sedar, aku hanyalah manusia yang bertopengkan sang monyet yang lemah, tetapi walau aku ibarat sang monyet yang lemah, tak bermakna sang monyet itu tak mampu menjadi insan yang lebih kuat. Benar kan? Jadi, jangan lah mengganggap seseorang itu bodoh tanpa menilai dirinya yang sebenar. Dan ini juga aku maksudkan, tak bermakna seorang guru itu lemah menjaga anak didiknya, beliau juga lemah dalam setiap perbuatannya. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Seorang Raja menaiki takhta Seorang Presiden sebuah negara Seorang ulama yang mulia Seorang peguam menang bicara Seorang anak seni yang terkemuka Dan jika hari ini sesiapa sahaja yang menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan hanyalah seorang Guru... Selamat Hari Guru untuk tenaga tenaga pengajar yang pernah mengajarku berbagai erti kehidupan tidak hairanlah apa sekalipun dari lahirnya aku segenggam tangan sehinggalah aku setinggi zirafah. Saya selakunya memohon maaf sekiranya pelbagai perkara yang pernah terjadi terutamanya di sekolah lama saya. Memohon maaf setulus ikhlasnya dari saya. Majulah guru! Guru Penjana Transformasi Kecemerlangan Negara. Selamat Hari Guru! :) Assalammualaikum. Labels: belajar belajar, merepek, pendapat, perasaan, teman |
![]() ★ Hello!
![]() ★ Contactboard
★ Hearts
★ Credit
Nazihah Anuar ★ Special
![]() |